Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Berkenaan Pindaan Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 Kali Kedua Bagi Subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah Dan Ibadah)

LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA

BERKENAAN

PINDAAN TARIKH UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022
KALI KEDUA BAGI SUBJEK UPKK 02/01 ULUM SYARI’AH (AQIDAH DAN IBADAH)

Bil.29/2022

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju untuk membuat pindaan tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 kali kedua bagi subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) berdasarkan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berkenaan cuti peristiwa pada 28 November 2022 (Isnin).

  2. Tarikh pindaan baharu adalah seperti berikut:


Tarikh Asal

Tarikh Baharu

Subjek

Waktu

28 November 2022 (Isnin)

5 Disember 2022 (Isnin)

Ulum Syariah
(Akidah dan Ibadah)

2.15 - 3.45 petang
(1 jam 30 minit)


  1. JAKIM amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022.


Sekian, terima kasih.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
25 November 2022

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357