Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkaitan Perlakuan Pelancong China Yang Kurang Sopan Ketika Melakukan Lawatan Di Masjid Putra, Putrajaya

jata negara small
  

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKAITAN

PERLAKUAN PELANCONG CHINA YANG KURANG SOPAN KETIKA MELAKUKAN LAWATAN DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

 

Bil. 48/2024


bismillah 2
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


1. JAKIM mengambil perhatian sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan perlakuan pelancong China yang kurang sopan ketika melakukan lawatan di Masjid Putra, Putrajaya. Pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon telah dilanggar atau disepak. Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan.

2. Pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai dan para pelancong ke Masjid Putra dengan mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Ke Masjid Putra, Putrajaya ( layari www.masjidputra.gov.my ) bagi mempromosikan mesej keindahan dan keharmonian Islam sejagat, dan di masa yang sama tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak beradab yang boleh mencemar kesucian rumah Allah.


Sekian, terima kasih.

DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
4 November 2024 / 2 Jamadil Awal 1446 Hijrah













































Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357