Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Isu Tular Penglibatan Pegawai Jakim Dalam Aktiviti Parti Politik

jata negara small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU TULAR PENGLIBATAN PEGAWAI JAKIM DALAM AKTIVITI PARTI POLITIK


Bil. 24 / 2023

    1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan pegawai JAKIM dalam aktiviti politik.

    2. Jabatan ini mengambil serius laporan terhadap isu tersebut dan saya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini.

    3. Sebagaimana yang sering diingatkan, semua warga kerja JAKIM dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuatkuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

      Sekian.

      DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
      Ketua Pengarah
      16 Ogos 2023
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357