Kenyataan Media
Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Video Yang Dipercayai Mengandungi Iklan Judi Sempena Hari Raya Aidil Fitri

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
VIDEO YANG DIPERCAYAI MENGANDUNGI IKLAN JUDI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI
-
Pada hari ini, telah tular satu video yang dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidil Fitri. Video tersebut telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.
-
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius dan menentang keras perbuatan seumpama ini sekiranya benar ia berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
-
Justeru, JAKIM menyokong usaha pihak yang berwajib dalam mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
-
JAKIM juga menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan video tersebut kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik. Umat Islam juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuklah membantu dalam mempromosikan perjudian yang jelas bertentangan dengan Hukum Syarak.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Ketua
Unit Komunikasi Korporat
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
16 April 2021
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 19
- Yesterday 26
- This Week 19
- This Month 319
- This Year 357