Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Kenyataan Media
Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkaitan Laporan Berita Sijil Halal Bahan Mentah Produk Ham And Cheese Sandwich
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKAITAN
LAPORAN BERITA SIJIL HALAL BAHAN MENTAH PRODUK HAM AND CHEESE SANDWICH
Bil. 01/2025
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha PengasihDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
1. Merujuk kepada laporan akhbar yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertarikh 15 Januari 2025 bertajuk "Bahan mentah sandwich kontroversi ada sijil halal JAKIM", Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin menegaskan sekali lagi bahawa pemeriksaan yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari 2025 lalu mendapati, produk ‘Ham and Cheese Sandwich‘ berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk tersebut juga bukan pemegang SPHM. Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah diambil oleh pihak KPDN.
2. Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperihal halal dan ditanda dengan halal selagi mana tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia.
3. Penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal. Hal ini kerana sesuatu produk hanya boleh diperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan, dan pemprosesan secara keseluruhan.
4. Oleh itu, JAKIM menggesa pengusaha-pengusaha di luar sana supaya cakna terhadap peruntukan undang-undang yang digunapakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 15 Januari 2025 / 15 Rejab 1446 Hijrah
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.