Kenyataan Media
Kenyataan Media Jakim Menjawab Persoalan Imam Mohon Perhatian, Sumbangan Dalam Utusan 19 Oktober 2010

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merujuk kepada aduan daripada Pak Ngah Seremban dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Oktober 2010 yang lalu.
2. Pertama sekali JAKIM mengucapkan terima kasih atas persoalan yang tuan bangkitkan. Untuk makluman tuan, hasil satu penyelarasan antara JAKIM dan pihak negeri sebelum ini, JAKIM telah bersetuju untuk membantu pihak masjid dan surau di peringkat negeri melalui peruntukan takmir masjid.
3. Memandangkan tugas imam rakyat berat, maka kerajaan memberi imbuhan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana kesukarelawanan imam rakyat yang dilantik oleh kerajaan negeri dan bertugas di mukim/kariah sahaja.
4. Bagi aktiviti surau pula, skop dan tanggungjawabnya berbeza dan dengan itu kita menyerahkan pada budi bicara pihak Berkuasa Agama Negeri.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
ASIAH BINTI ALKHARIB SHAH
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 26
- Yesterday 26
- This Week 26
- This Month 326
- This Year 364