Kenyataan Media
Kenyataan Media Ketua Pengarah Jakim Berkenaan Isu Bomoh Ibrahim Mat Zin

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
Merujuk kepada beberapa rakaman video ritual yang sedang tersebar, Jakim telah pun mengambil inisiatif dengan memanggil individu tersebut bagi mendapatkan penjelasan pada 22 Mac 2017, namun beliau tidak hadir.
Untuk makluman, beberapa buah negeri telah pun memutuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bahawa upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Ibrahim bin Mat Zin atau Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek-objek tertentu adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.
Manakala, kajian oleh Panel Pakar Akidah Jakim juga telah mendapati bahawa aktiviti perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik dan khurafat.
Oleh itu Jakim menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan apa juga ritual yang dijalankan oleh individu berkenaan.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA
22 MAC 2017
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 16
- Yesterday 26
- This Week 16
- This Month 316
- This Year 354