Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kenyataan Media Ketua Pengarah Jakim Berkenaan Isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good And Services Tax - GST)

jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
(GOOD AND SERVICES TAX - GST)
___________________________________________________

1.  Jakim mengambil perhatian dan memandang serius berkaitan isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Good And Services Tax - GST) yang disiarkan oleh media massa. Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

2.  Sebelum GST dilaksanakan, banyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya. Kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, tujuan sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan. Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini.

3.  Inisiatif Kerajaan Ini adalah selaras dengan pandangan para ulama’ seperti Ibn Hazm, Ibn al-Musili, al-Syafi’i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara. GST juga bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, tetapi juga telah dilaksanakan di Negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) seperti Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir, Kazakhstan, Bangladesh, Algeria, Azerbaijan dan Uzbekistan. Malahan Arab Saudi juga sedang membuat persiapan ke arah tersebut.

4. Justeru, Jakim menasihati semua pihak supaya memahami dengan lebih teliti kaedah pelaksanaan GST di Malaysia sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham di kalangan masyarakat.

Sekian


TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
30 April 2017
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357