Kenyataan Media
Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mengenai Saranan Supaya Pihak Yang Akan Menyediakan Perkhidmatan Juadah Ramadan Memiliki Pensijilan Halal Malaysia

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MENGENAI
SARANAN SUPAYA PIHAK YANG AKAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN JUADAH RAMADAN MEMILIKI PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
-
JAKIM ingin menarik perhatian pihak-pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Saranan ini dibuat lebih awal supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan. Seperti kelaziman, setiap kali bulan Ramadan, banyak pengusaha perniagaan makanan seperti hotel, restoren dan seumpamanya akan mempromosikan juadah berbuka puasa atau Bufet Ramadan.
-
Ingin dimaklumkan, bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).
-
Pengusaha-pengusaha yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya namun masih belum mempunyai SPHM, adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau Jabatan mahupun Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Pihak JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha-pengusaha bagi mendapatkan SPHM. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau emel kepada
5 Januari 2024Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian.
Datin Paduka Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 39
- Yesterday 26
- This Week 39
- This Month 339
- This Year 377